Kategori Berita Utama

Agong sokong undang-undang tangani berita palsu

5 MAC: Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V mengalu-alukan pelbagai langkah dan inisiatif yang dilaksanakan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia termasuklah cadangan untuk menggubal undang-undang bagi menangani penyebaran berita palsu dan fitnah di media sosial.

“Pada masa ini media sosial amat berpengaruh dalam membentuk nilai-nilai dan budaya sesuatu masyarakat.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bertitah pada perasmian istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama bagi penggal keenam Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat. Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Ahli Parlimen Barisan Nasional dan pembangkang di Dewan Rakyat

“Semua pihak hendaklah mempertahankan budi pekerti dan nilai-nilai baik masyarakat,” titah baginda sempena Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ketiga Belas di Parlimen.

Dalam pada itu, beberapa aspek lain turut diberi penekanan, antaranya isu integiriti dan tadbir urus pentadbiran awam untuk membanteras elemen-elemen kebocoran, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Baginda berharap agar semua pihak tidak menjadikan isu tersebut sebagai bahan sendaan dan mainan politik.

“Ancaman keselamatan dan keamanan negara merupakan sesuatu yang nyata dan muncul dalam pelbagai bentuk.

“Beta menyeru supaya kerajaan terus mempertingkatkan tahap kesediaan terutamanya dalam penguatkuasaan termasuk di ruang siber, keupayaan risikan, rondaan di sempadan dan perairan negara serta usaha membanteras aktiviti pemerdagangan orang,” titahnya lagi.

Baginda dalam masa yang sama turut mengalu-alukan langkah positif kerajaan dalam menangani isu-isu yang dekat di hati rakyat termasuklah tentang kos sara hidup.

Ahli Parlimen sedang mendengar titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada perasmian istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama bagi penggal keenam Parlimen ke-13 di Bangunan Parlimen

“Beta percaya lebih banyak lagi insiatif akan diperkenalkan berikutan langkah kerajaan menubuhkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara bagi merangka program bersesuaian yang boleh dilaksanakan segera untuk meringankan beban rakyat,” titahnya.

Bagi menangkis fahaman eksteremisme dan radikalisasi, baginda turut menyokong komitmen kerajaan dalam peningkatan Skor Indeks Syariah Malaysia untuk melaksanakan pentadbiran negara berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Berhubung peningkatan jumlah pengangkutan awam pula, baginda bertitah projek tersebut adalah sesuai dengan pelbagai peringkat perlaksanaan demi kesejahteraan masyarakat bandar.

Perkara yang sama turut dititahkan baginda mengenai aspek pendidikan, ia merupakan nadi pembangunan negara dengan memberi tumpuan kepada sains, teknologi dan inovasi (STI) serta pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

Segala kemajuan tersebut adalah dasar dan kemajuan yang dibuat kerajaan hari ini di bawah Najib termasuklah capaian dalam sektor awam dan syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia.

“Beta amat sukacita pelbagai program dan aktiviti akan dilaksanakan bagi memperkasakan wanita dalam pelbagai sektor termasuk memasyikan 30 peratus daripada mereka berada di peringkat pembuat keputusan,” titahnya lagi.

Tentang aspek pertanian, baginda bertitah agar kerajaan memodenkan sektor pertanian termasuk komoditi dan kelapa di samping meneroka sumber kekayaan baharu seperti durian, herba, tenusu dan sarang burung-burung walit.

“Usaha-usaha hendaklah diambil untuk memastikan  eksport pertanian dan komoditi memenuhi piawaian dan menembusi pasaran antarabangsa, ” titahnya.

Titah Baginda kali ini adalah yang paling singkat tempohnya iaitu kurang dari 10 minit berbanding sebelum ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 March 2018 1:08 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: