Kategori Berita Utama

Ahli CEC tak berubah, DAP ditakuk lama

12 NOV: Kepimpinan DAP masih ditakuk lama apabila 90 peratus Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebelum ini kekal menerajui parti itu dalam keputusan pemilihan semula yang diumumkan hari ini.

Pemimpin anak beranak iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng masih mengungguli pemilihan kali ini dengan berkedudukan tiga teratas.

Namun, ia menyaksikan kemasukan dua muka baharu dalam senarai  20 anggota yang dipilih oleh 1,346 perwakilan yang layak mengundi.

Dua muka baru yang dipilih ialah bekas EXCO Selangor, Ronnie Liu dan Ahli Parlimen Batu Gajah. V Sivakumar.

Manakala Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari kekal menjadi wakil Melayu tunggal dalam kepimpinan parti serpihan PAP itu.

Sementara itu, dua penyandang yang terkeluar ialah ADUN Skudai, Dr Boo Cheng Hau serta Karpal Singh yang meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya pada 2014.

Menerusi pemilihan itu, penasihat DAP, Kit Siang mendapat undi paling popular sebanyak 1,199.

Pada pemilihan kali ini, hanya 1,356 atau 53.94 peratus daripada 2,514 perwakilan hadir serta layak mengundi.

Sebanyak 1,356  kertas undi yang dikeluarkan pada pemilihan kali ini dengan 1,346 kertas undi yang dikembalikan semula.

Bagaimanapun hanya 1,310 undi dikira sebagai undi sah, manakala baki  36 adalah undi rosak.

Pada 17 Julai lalu, DAP menerima surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula CEC.

Pemilihan semula di Shah Alam itu diuruskan firma audit bebas, Grant Thornton seperti disyaratkan RoS.

Berikut adalah senarai 20 anggota CEC:-

1-Lim Kit Siang (1199)

2-Gobind Singh (1198)

3-Lim Guan Eng (1180)

4-Anthony Loke Siew Fook (1175)

5-Liew Chin Tong (1123)

6-Teo Nie Ching(1080)

7-Chong Chieng Jen (1057)

8-Teresa Kok (1033)

9-Tan Kok Wai (1021)

10-Tony Pua (1020)

11-Nga Kor Ming(967)

12-Fong Kui Lun (949)

13-Chow Kon Yeow (900)

14-M. Kulasegaran (826)

15-Chong Eng (734)

16-Teng Chang Khim (702)

17-Ronnie Liu (688)

18-Ngeh Koo Ham (659)

19-Zairil Khir Johari – (649)

20- V Sivakumar (586)

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 November 2017 7:33 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: