Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ahli DAP serah dokumen dakwa penyelewengan Teresa

10  FEB :  Seorang ahli DAP meyerahkan dokumen yang didakwa bukti penyelewengan ahli parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok  itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Isnin.

Danny Leong Eng Tiom yang menerima surat saman RM10 juta daripada Teresa berbuat demikian bagi membersihkan namanya.

“Saya ke sini untuk memberi bukti kepada SPRM berhubung (dakwaan) penyelewengan itu selain untuk membersihkan nama saya,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan dokumen berkenaan di pejabat SPRM di Putrajaya.

sprmLeong menerima surat saman itu baru-baru ini kerana mempersoalkan dana kutipan untuk kempen DAP pada PRU-13 lalu berjumlah RM186,000 dipercayai diseleweng oleh Teresa.

Bekas pembantu peribadi Teresa, Tony Tan turut mengemukakan dokumen yang didakwa bukti mengenai penjualan ‘patung kung fu’ menjelang PRU-13 oleh bekas majikannya itu untuk tujuan dana DAP.
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao, yang turut hadir mendakwa pihaknya mempunyai 10 lagi bukti penyelewengan dilakukan oleh lima pemimpin PKR dan lima pemimpin DAP.

“Kita masih mengumpulkan bukti yang betul-betul lengkap sebab mereka (PKR dan DAP) boleh ‘spin’ jika kita beri bukti yang tidak lengkap kepada SPRM,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 February 2014 5:24 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: