Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ahli letak jawatan tidak jejas pergerakan parti

3 OGOS : Keputusan tiga kepimpinan sayap parti di Johor untuk meletak jawatan susulan rombakan Kabinet minggu lalu tidak akan menjejaskan kelangsungan pergerakan parti.

Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Tenggara, Asrul Esreen Mohd Salleh dan Saiful Zakry Ripin mengumumkan peletakan jawatan mereka disusuli Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tebrau, Suriyani Subar pada 31 Julai lalu.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan beliau menghormati keputusan mereka itu sebagai hak peribadi masing-masing.

“Saya berpendirian bahawa sepertimana yang dinyatakan oleh Pemuda UMNO sebelum ini bahawa kita akur dengan keputusan Perdana Menteri (mengenai rombakan Kabinet) sebab ini adalah hak mutlak PM untuk menentukan barisan jemaah menteri,” katanya selepas majlis pelancaran pasukan Ski Malaysia di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM), di ibu negara, Isnin.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan pemuda UMNO di setiap cawangan agar tidak lagi mengeluarkan kenyataan mendesak Datuk Seri Mohd Najib Razak membuat penjelasan berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sebelum pasukan petugas khas selesai menjalankan siasatan.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 August 2015 10:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: