Kategori Berita Utama

Ahli MCA tidak boleh halang EGM selagi ikut perlembagaan

20 FEB: Ahli-ahli MCA tidak boleh membantah atau menghalang Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) parti itu diadakan sekiranya keputusan mesyuarat dibuat mengikut perlembagaan parti, kata Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie.

Seai Kie berkata, sekiranya terdapat ahli yang tidak berpuas hati dengan usul  dibawa, mereka boleh dalam EGM itu untuk tidak menyokong dan bukannya memprotes EGM tersebut.

“Terdapat tiga cara untuk memanggil EGM iaitu arahan daripada Presiden MCA, kedua melalui Jawatankuasa Pusat MCA (Central Community) dan yang terakhir permintaan daripada Perwakilan Pusat.

mcaegm

Ahli MCA kena hadir untuk sokong atau tidak sesuatu usul

“Sekiranya EGM itu dipanggil melalui salah satu cara ini dan syarat dipenuhi, ahli MCA tidak boleh membantah. Mereka hanya boleh sokong atau tidak di dalam EGM itu nanti,” kata beliau ketika dihubungi bnbbc.my

Pada 14 Februari lalu, MCA telah mengeluarkan satu notis bagi mengadakan EGM di Wisma MCA, Ahad depan setelah mendapat permintaan lebih daripada 1,900 perwakilan pusat yang menandatangani petisyen bersama kepimpinan parti itu.

Agenda utama mesyuarat ialah untuk mempertimbangkan dan jika difikirkan wajar, meluluskan resolusi ‘bahawa Perhimpunan Agung memutuskan untuk menerima semua jawatan kerajaan di semua peringkat’.

hengseaikei

Seai Kei…ada tiga cara putuskan EGM

Percubaan parti itu untuk menyertai semula kabinet melalui EGM tidak telah mendapat tentangan daripada akar umbi parti itu.

Bertempat di Wisma MCA pagi tadi, sepuluh ahli MCA yang diketuai Ketua Pemuda MCA Kuala Lumpur, Tong Ka Yan telah mengadakan protes duduk bantah dipintu masuk bangunan tersebut dan berikrar akan berkampung di situ sehingga malam Sabtu.

Ka Yan berkata, parti seharusnya mendapatkan kembali sokongan daripada masyarakat Cina sebelum memutuskan untuk menyertai semula kabinet.

“Kepimpinan ini mengatakan mereka harus kembali ke Kabinet kerana persatuan-persatuan Cina mahu mereka berbuat demikian. Adakah persatuan mewakili berjuta-juta Cina di Malaysia?

“Kami berpendapat bahawa MCA perlu berusaha untuk melaksanakan dengan baik dan mengubah persepsi masyarakat Cina ke arah kita , barulah kita mempunyai locus standi untuk menyertai semula kabinet,” ujarnya.

Mesyuarat agung tahunan (AGM) pada 2011 telah memutuskan untuk menolak semua jawatan kerajaan jika parti mendapat keputusan lebih teruk pada pilihan raya umum ke-13 berbanding pilihan raya umum ke-12 dan ia telah diluluskan sebagai suatu ketetapan. -bnbbc.my

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 February 2014 4:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: