Kategori Suara Rakyat

Ahli Parlimen BN boleh jadi cybertropper

Ada beberapa orang kawan beritahu saya mengenai laman web ahli parlimen Barisan Nasional www.bnbbc.my yang baru ini.

Terlebih dulu saya ingin ucap tahniah kepada pimpinan Majlis Ahli Parlimen BN yang mengambil langkah pro aktif mengadakan laman web sendiri.

Setelah meneliti paparan laman web yang baru ini saya yakin www.bnbbc.my dapat manyatukan suara ahli parlimen BN dibawah satu bumbung menyuarakan pandangan mereka.

Laman web ini mempunyai kredibiliti kerana ia suara rasmi ahli parlimen BN sendiri.

Bagi pandangan saya ahli parlimen BN dapat menjadi cybertropper di pihak kerajaan yang berkesan jika  aktif dalam mengendalikan laman web ini.

Selalunya suara ahli parlimen hanya kedengaran semasa sidang parlimen berlangsung.

Harapan saya dan rakyat negara ini umumnya dengan adanya laman web itu ahli parlimen BN dapat terus bersuara sepanjang masa.

Mereka boleh menjelaskan isu-isu semasa dan juga menangkis tindak tanduk ahli parlimen pembangkang yang kerap memutar belit isu dan program kerajaan.

Sekali lagi tahniah dan selamat berjuang.
Muhamad Tarmizi Hassan

Klang,Selangor

 

 

 

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 September 2013 4:51 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: