Kategori Berita Antarabangsa

Ahli parlimen UK digantung

4 NOV: Parti Konservatif di Britain menggantung tugas seorang ahli parlimennya berhubung tuduhan serius yang tidak didedahkan.

Ia dilakukan selepas Perdana Menteri, Theresa May mengumumkan kod kelakuan baharu dalam reaksi kepada peningkatan skandal gangguan seksual.

Laporan AFP menyebut bahawa tindakan diambil terhadap Charlie Elphicke (foto) susulan dakwaan serius yang dirujuk kepada polis, kata Ketua Unit Disiplin, Julian Smith yang memantau disiplin ahli Konservatif di Parlimen.

Bagaimanapun menerusi Twitter, Elphicke menafikan dakwaan itu.

“Parti memberitahu media sebelum memaklumkan kepada saya mengenai penggantungan itu. Saya tidak tahu apa dakwaan itu.

Langkah itu diambil susulan perbalahan mendalam berhubung penderaan dan gangguan seksual di Westminster, yang memaksa Menteri Pertahanan, Michael Fallon meletak jawatan awal minggu ini.

Dua lagi menteri masih disiasat berhubung tingkah laku buruk, termasuk timbalan May, Damian Green, yang menafikan sebarang salah laku.

Sementara itu, Parti Buruh menggantung seorang Ahli Parlimennya, Kelvin Hopkins serta menyiasat dakwaan beliau menghantar teks dan berkelakuan lucah.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 November 2017 10:40 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: