Kategori Berita Antarabangsa

Ahli Parlimen Ukraine cedera, pengawal terbunuh

26 OKT: Seorang Ahli Parlimen Ukraine cedera manakala pengawalnya terbunuh dalam kejadian serangan pengeboman yang disifatkan partinya sebagai cubaan membunuh.

Stesen televisyen Espresso Kiev melaporkan, anggota Parti Radikal, Igor Mosiychuk sedang berjalan keluar dari studionya selepas mengadakan wawancara apabila letupan berlaku berhampiran skuter yang diletakkan di tepi jalan.

Kementerian Dalam Negeri Ukraine berkata, pengawal Mosiychuk meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital manakala tiga lagi turut cedera.

“Percubaan pembunuhan terhadap Mosiychuk dikaitkan dengan kegiatan profesionalnya dan pandangan politik. Jelas, ini adalah kerja perkhidmatan rahsia musuh kita ,” kata pemimpin Parti Radikal, Oleg Lyashko di laman Facebook merujuk kepada Rusia.

Kementerian Dalam Negeri Ukraine bagaimanapun tidak menjelaskan punca letupan itu mahupun menganggap kes tersebut sebagai cubaan membunuh.-AFP

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 October 2017 10:06 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: