Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ahli PKR P.Pinang tolak ‘berdiri belakang’ Norlela

13 OGOS: Tindakan ADUN Penanti, Dr Norlela Ariffin yang mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mengambil tindakan terhadap isu kilang haram di Seberang Perai dilihat bakal memakan dirinya sendiri.

Memetik laporan Mkini beberapa ahli PKR Pulau Pinang kini mula menjauhkan diri daripada Norlela.

Ini kerana bagi mereka ucapan penghargaan yang disiarkan di Facebook Norlela selepas Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang, Phee Bon Poh ditahan SPRM Jumaat lalu kerana disyaki melakukan salah guna kuasa dilihat sebagai keterlaluan.

“Tetapi dia keterlaluan apabila mengucapkan terima kasih kepada SPRM yang hanya mensasarkan pembangkang dan ikan bilis, bukan jerung besar seperti yang terlibat dalam skandal 1MDB,” kata salah seorang pemimpin PKR.

Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman pada awalnya enggan mengulas mengenai perkara itu tetapi akhirnya berkata parti itu berdiri di belakang DAP.

Bagaimanapun katanya PKR tidak akan mengambil tindakan terhadap Norlela yang dilihat pengkritik cuba mewujudkan perpecahan antara DAP dan PKR di Pulau Pinang.

“Kami menegaskan bahawa parti ini di Pulau Pinang adalah bersama kerajaan negeri.

“Kami berasa sedih dengan apa yang telah berlaku kepada Bon Poh dan melihat tindakan ini oleh SPRM sebagai penganiayaan terpilih terhadap pembangkang.

“Apa pun yang dibangkitkan Norlela dilakukan atas kapasitinya sebagai ADUN Penanti,” katanya.

Mansor berkata demikian ketika ditemui selepas ceramah Pakatan Harapan di Permatang Pauh tengah malam tadi.

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 August 2017 1:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]