Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ahli politik veteran, Raja Ahmad Zainuddin meninggal

9 JUN: Ahli politik veteran, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, 61, meninggal dunia akibat jangkitan kuman ketika menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Ipoh pada 8.30 pagi tadi.

Allahyarham yang juga bekas Ahli Parlimen Larut pernah memegang pelbagai jawatan seperti Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta jawatan dalam UMNO.

Adik arwahyarham, Raja Azizah, 56, berkata abangnya dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ di sini pada malam Rabu lalu

“Pada kira-kira jam 8.30 pagi tadi, abang saya menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, tiga anak dan keluarga terdekat.

“Doktor memaklumkan punca kematian akibat jangkitan kuman,” katanya di perkarangan hospital, Jumaat.

Menurut Raja Azizah, jenazah dibawa ke rumah keluarganya di Kampung Seri Ampang B, Ipoh dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bendahara selepas solat Jumaat.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 June 2017 11:51 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: