Kategori Berita Antarabangsa

Ahli politik wanita disiasat salah laku seks

10 FEB: Seorang ahli politik wanita di  California, Amerika Syarikat mengambil cuti sementara siasatan salah laku seksual terhadapnya membabitkan dua lelaki dijalankan.

LA Times melaporkan Ahli Dewan Negeri kawasan Los Angeles County, Cristina Garcia, 40, yang sebelum ini antara yang paling lantang bersuara mengkritik salah laku seks, bagaimanapun menafikan semua dakwaan bahawa dia berkelakuan tidak sopan terhadap dua lelaki yang membabitkan seorang kakitangan legislatif serta seorang pelobi.

Berikutan itu, beliau mengumumkan dalam satu kenyataan akan mengambil cuti tanpa gaji bagi membolehkan siasatan ke atasnya dibuat.

“Seperti saya katakan sebelum ini, sebarang dakwaan gangguan seksual mesti dipandang serius dan saya percaya kami yang dilantik rakyat mesti mempunyai tahap kebertanggungjawapan lebih tinggi,” katanya.

Sebelum ini, seorang lagi ahli politik wanita, Andrea Ramsey yang juga calon Kongres Demokrat di Kansas turut berdepan dakwaan salah laku seks sehingga akhirnya menarik diri daripada pencalonan.

Dakwaan terhadap Cristina (foto) pertama kali disiarkan pada Khamis lalu oleh akhbar Politico dengan dua orang terbabit mengaku tidak melaporkan kejadian secara rasmi termasuk seorang daripadanya bimbang bersuara kerana situasi pelik membabitkan tuduhan mangsa lelaki terhadap pelaku wanita.

Dua kejadian itu didakwa berlaku pada 2014 dan 2017.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 February 2018 11:46 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: