Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ahli UMNO sabotaj parti boleh dipecat

12 APRIL: Pemimpin dan ahli UMNO yang cuba melakukan khianat terhadap parti sepanjang tempoh berkempen PRU14 berdepan tindakan tegas daripada Lembaga Disiplin parti.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Othman berkata pihaknya sudah bersiap sedia untuk bertindak tegas termasuk memecat atau mengantung keahlian individu yang berbuat sedemikian.

“Namun sebelum memutuskan hukuman, lembaga disiplin akan menjalankan siasatan secara terperinci dan serta menjatuhkan hukuman berdasarkan bukti-bukti yang kukuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bekas Menteri Besar Johor (foto) itu juga menyeru semua ahli parti bersatu padu dan menyokong siapa sahaja yang dipilih sebagai calon oleh pimpinan parti.

“Jika ada yang tidak terpilih, hendaklah berlapang dada dan tidak cuba mensabotaj parti,” kata Ghani.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 April 2018 4:58 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: