Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ahli Warisan mahu kembali kepada UMNO

11 NOV: Ada beberapa bekas ahli UMNO yang kini menyertai Parti Warisan Sabah ingin kembali dengan perjuangan parti lama.

Menurut Pemangku Ketua UMNO bahagian Semporna Datuk Seri Nasir Sakaran tindakan itu membuktikan perjuangan UMNO selama ini, terutama menjaga kebajikan rakyat dan membawa pembangunan adalah yang terbaik berbanding pembangkang.

Berita baik berkenaan ‘kepulangan’ mereka ini akan diumumkan kelak, katanya.

“Apabila tiba masanya kita (UMNO) akan adakan satu majlis simbolik mereka kembali kepada parti,” kata ADUN Senallang itu ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis khatam al-Quran anjuran Wanita USIA Semporna hari ini.

Nasir juga menyifatkan kumpulan yang mengikuti jejak Datuk Seri Shafie Apdal, yang juga bekas naib presiden UMNO yang kini menjadi Presiden Warisan sebagai terkeliru.

Ditambah lagi dengan perkembangan terkini membabitkan Shafie dan parti berkenaan.

Nasir berkata sehingga kini, tiada anggota UMNO Semporna yang keluar parti dan sepanjang tempoh jelajah jentera UMNO mendekati penduduk daerah ini rata-rata menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan UMNO serta BN Sabah.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 November 2017 6:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: