Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ahmad ketuai jentera PAS Kelantan pertama kali

9 APRIL: Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ahmad Yakob sudah bersedia menjadi ‘nakhoda’ parti itu buat kali pertama bagi menempuh pilihan raya umum.

Ahmad yang juga Menteri Besar berkata, beliau tidak ada masalah untuk memimpin jentera parti di negeri ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) malah menganggapnya sebagai jihad.

“Setakat ini saya lagi (mengepalai), insyaAllah saya akan bertanding, ini adalah satu jihad,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Lombong dan Kilang Pemprosesan Emas Prima Warisan Venture Sdn. Bhd di Mukim Sokor, Ulu Kusial hari ini.

Sejak tahun 1990, PAS Kelantan diketuai oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menempuh pilihan raya umum.

Dalam masa sama, beliau berkata, PAS negeri akan melancarkan manifestonya dalam masa terdekat.

“Terdapat beberapa perkara lagi yang belum dimuktamadkan dalam manifesto, lebih kurang tiga peratus lagi,” katanya

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 April 2018 5:38 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: