Kategori Berita Utama

Ahmad Mazlan gesa orang BN, UMNO saman pemfitnah

14 MEI: Pemimpin Barisan Nasional (BN) serta UMNO yang menjadi mangsa serangan fitnah di media sosial digesa mengambil tindakan undang-undang.

Pengerusi Biro Teknologi Maklumat (IT) UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata tindakan kepada pihak berkaitan mampu mengurangkan budaya fitnah, sekali gus mewujudkan suasana media sosial yang lebih beretika.

“Saman orang yang menfitnah. Supaya dan akhirnya mereka tidak berani nak melakukan fitnah lagi,” katanya selepas merasmikan Seminar Etika Media Sosial anjuran Biro IT UMNO di Kuala Lumpur, pada Ahad.

Seminar anjuran Biro IT UMNO itu bertujuan memerangi fitnah media sosial sekaligus memberikan panduan kepada pengguna media sosial, khususnya pembangkang mengamalkan etika sebelum membuat sebaran.

Tegas beliau, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada April lalu sudah menfailkan saman  terhadap Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, berhubung rakaman video pendek membabitkan pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355)

“Cari pemilik akaun media sosial dan saman mereka yang memfitnah, seperti yang dibuat oleh Najib supaya pemfitnah berhenti daripada berbuat demikian dan tahap etika penggunaan media sosial akan meningkat.

“Saya juga akan saman jika ada orang fitnah saya selepas ini. Memang sebelum ini saya gunakan #AdaAkuKisah di media sosial jika ada yang perli atau menyindir saya. Ahli politik mana yang tidak diperli, itu biasa,” kata Ahmad Maslan.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian menggesa tentera siber UMNO untuk menyerang pembangkang menggunakan fakta serta tidak terikut-ikut mengamalkan budaya fitnah.

“Pada perjumpaan dengan penggiat media sosial UMNO, baru-baru ini, Presiden arah untuk serang, tapi kita kena serang dengan fakta, bukan dengan fitnah.

“Itu perlu jadi prinsip ‘cybertroopers’ Biro IT UMNO yang diwujudkan di 191 bahagian. Lambat laun, kebenaran akan atasi kebatilan,” kata bekas Ketua Penerangan UMNO itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 May 2017 5:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: