Kategori Berita Utama

Aishah beri amaran kepada PH

7 JAN:  Penyanyi lagenda, Wan Aishah Wan Ariffin mengingatkan pimpinan tertinggi PH agar tidak menggunakan populariti dirinya untuk berkempen, serta melupakan dirinya jika gabungan itu memperolehi apa yang diinginkan.

“Jangan waktu berkempen ingat artis macam saya ni, jemput menyanyi.

“Bila dah menang nanti lupakan artis macam saya,” kata Ahli jawatankuasa PAN itu sambil berseloroh.

Pembangkang dikatakan akan menggunakan populariti Aishah yang sebelum ini menjuarai rancangan GegarVaganza untuk tujuan berkempen.

Keadaannya sama seperti bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang sebelum ini menyertai PKR, beliau diheret dalam setiap aktiviti berkempen pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu untuk menawan Selangor.

Promosi  yang dikatakan dibuat oleh pembangkang untuk menggunakan Aishah untuk berkempen.

Namun apabila pembangkang berjaya menawan negeri, Muhammad yang juga dikenali sebagai Md Taib bukan sahaja dilupakan, malah apa yang dipertahankan untuk bangsa Melayu selama ini juga mulai diabaikan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 January 2018 12:28 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: