Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

AJK Gerakan umum tidak bertanding PRU-14

30 DIS: Wakil rakyat Gerakan, Datuk Au Kam Wah, hari ini mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN Elopura pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Kam Wah berkata keputusan itu dibuat kerana mahu memberi peluang kepada pemimpin muda berpengalaman yang mempunyai ilmu politik tinggi mengisi tempat berkenaan.

“Sebenarnya keputusan untuk tidak bertanding ini sudah dibuat sejak Pilihan Raya Umum Ke-13.

“Saya rasa dengan kemajuan negara dan kecanggihan zaman teknologi ketika ini, amat sesuai golongan muda diangkat menjadi pemimpin supaya dapat mewakili dan membela golongan berkenaan,” lapor BH Online.

Kam Wah yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat Gerakan berkata keputusan itu sudah dimaklumkan kepada Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong dan Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman.

Beliau mula bertanding sebagai calon pada 2004 atas tiket BN di bawah Parti Maju Sabah (SAPP) dan menang pada pilihan raya ketika itu.

Pada tahun 2008, beliau mengumumkan keluar daripada SAPP sebelum menyertai Gerakan pada 2009.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 December 2017 3:58 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: