Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Akan terus komited bantu perjuangan UMNO

1 OGOS: Biar pun sudah tidak mempunyai jawatan di dalam Kabinet, namun Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menegaskan tetap akan terus bersama parti itu.

Sehubungan dengan itu, Shafie mempersoalkan mengapa ada UMNO Bahagian yang tidak mahu beliau merasmikan mesyuarat yang sudah dijadualkan kehadirannya sebagai perasmi.

“Di dalam perjuangan ini memang banyak cabaran, suara-suara saya pun dibatalkan, apabila terdengar suara kehadiran saya, kononnya akan berpecah UMNO jika saya hadir dalam mesyuarat.

shafie_rasmi_umno“Itu bukan suara-suara yang sepatutnya, mesyuarat ini bukan mesyuarat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah..ini mesyuarat UMNO Bahagian,” katanya ketika berucap dan merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Hulu Selangor yang berlangsung hari ini.

Beliau dalam pada itu berkata akan terus mempertahankan parti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Saya akan memperjuangkan parti UMNO yang dicintai,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya perjuangan itu tidak akan terhenti tambahan beliau adalah merupakan pengasas UMNO Sabah.

“Kita perlu menghadapi di sepanjang usia ini, ada pasangnya dan ada surut tetapi kita masuk gelanggang politik untuk membina agama dan negara.

“Sama ada berpangkat atau tidak berpangkat itu bukan kewajipan tetapi bergantung kepada niat. Kita perlu memperjuangkan agama dan negara,” katanya.

Beliau dalam pada itu meminta supaya perwakilan terus istiqamah bersama parti dan memperjuangkan agenda parti.

“Kadang-kadang saya masuk ke kampung-kampung, saya letakkan jiwa dan semangat dalam jiwa-jiwa saya jangan ubah…tapi mungkin manusia tidak nampak tetapi Allah swt nampak apa yang kita buat setiap waktu.

“Kita perlu selesaikan masalah rakyat, ada beberapa isu antaranya Felda dan lain-lain,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 August 2015 7:28 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: