Kategori Berita Utama

Akar umbi dipersalahkan kerana tidak bantah sebelum Majlis Pimpinan PH

9 JAN: Pimpinan tertinggi PH menyalahkan akar umbi pula apabila mereka menyatakan ketidakpuasan hati berhubung pencalonan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Menurut Pengarah Komunikasi PAN Khalid Abdul Samad sepatutnya perkara itu tidak berlaku kerana Majlis Presiden PH tidak menerima sebarang bantahan mengenai perkara tersebut sebelum ia diputuskan.

“Kalau tak puas hati mereka perlu buat aduan di Majlis Presiden. Bukan kita tak ambil perhatian dengan suara mereka. Semasa perkara itu belum diputuskan kita tak terima sebarang laporan mahupun bantahan tentang Tun Mahathir.

“Jadi jangan salahkan kita kalau kita dah calonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan akar umbi yang membantah pencalonan tersebut sekaligus meluahkan kekecewaan mereka di laman sosial.

Sebelum ini Ketua Setiausaha PH Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sementara Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Bagaimanapun jawatan Perdana Menteri itu harus dipegang selama dua penggal sahaja dan kemudiannya diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tun Mahathir bersetuju dengan perkara itu sekaligus menjelaskan yang dirinya tidak akan menjadi Perdana Menteri dalam tempoh masa yang lama kerana beliau sudah tua.

Pemimpin vateran yang berumur lebih 90 tahun itu dilihat sanggup bersekongkol dengan pembangkang kerana matlamatnya untuk menjatuhkan pentadbiran hari di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak.

Susulan daripada itu, akar umbi PH mulai menyatakan ketidakpuasan hati mengenai perkara itu termasuklah PKR Selangor.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 January 2018 11:23 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: