Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Akar umbi UMNO terima perubahan : Hishammuddin

2 OGOS : “Saya puas hati dan lega dengan apa yang ditunjukkan di akar umbi kerana kita kena ingatkan supaya mereka insaf dan sedar bahawa perjuangan kita sentiasa ‘evergreen’ dan cara menyelesaikan isu semasa memerlukan kebijaksanaan dan caranya tersendiri mengikut keadaan kawasan masing-masing.”

umno hishamKenyataan itu disuarakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hasil pengamatan beliau selepas merasmikan dua persidangan perwakilan UMNO di Johor pada Sabtu.

Menurutnya, ahli UMNO perlu belajar daripada krisis sebelum ini dan tidak boleh mengambil tindakan melulu sebaliknya perlu memastikan keadaan reda sebelum memberi penjelasan kepada ahli di peringkat akar umbi.

Kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau tidak akan bertindak memecah belahkan parti selepas digugurkan dari barisan jemaah kabinet negara katanya, membolehkan ahli UMNO kekal bersatu hati untuk menerima perubahan dengan tenang.

“Saya juga berterima kasih dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menghargai Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang terpaksa menunjukkan kepimpinan ketika kita diasak kiri dan kanan yang akhirnya menyelamatkan kita kerana perkara seperti ini terpaksa dihadapi pemimpin sebelum ini,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Batu di ibu negara, Ahad.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 August 2015 3:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: