Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Akhirnya Guan Eng akur P.Pinang mungkin catu air

3o MAC: Sikap terlalu yakin (over confident) Ketua Menterinya Lim Guan Eng sekali lagi menjerat kerajaan Negeri Pulau Pinang yang akhirnya akur akan mempertimbangkan langkah untuk mencatu bekalan air dalam mesyuarat EXCO pada 2 April ini.

Guan Eng mengakui beliau sebelum ini pernah mengumumkan kerajaan negeri tidak akan melakukan catuan bekalan air walaupun melalui musim kemarau yang panjang.

“Bagaimanapun kajian semula bagi April akan dibuat oleh EXCO untuk mempertimbangkan sama ada perlu diadakan catuan bekalan air atau tidak,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Lim Guano Catu AirBagi mengalas kenyataannya bahawa kerajaan negeri akan mempertimbangkan langkah catuan air pada Ahad, Guan Eng menyatakan kekecewaan kerana penggunaan air yang semakin meningkat walaupun banyak program pendidikan telah diadakan disamping pelaksanaan surcaj pemuliharaan air sebagai penalti kepada mereka yang membazir air.

.

“Tahun lepas, penggunaan air di Pulau Pinang adalah paling tinggi di Malaysia, iaitu 295 liter padu seorang sehari.

“Untuk dua bulan pertama tahun ini, sehingga 1 Mac angka penggunaan air sudah meningkat 5.4 peratus iaitu sebanyak 311 liter padu seorang sehari,” katanya.

Oleh itu, katanya, rakyat Pulau Pinang perlu memulihara dan tidak membazir air kerana penggunaan air sekarang hampir 50 peratus lebih tinggi daripada purata kebangsaan, iaitu 215 liter padu seorang sehari.

“Sumber dan rizab air kita boleh dilanjutkan sebanyak 50 peratus sekiranya kita memulihara air dan menggunakan jumlah yang sama dengan purata kebangsaan,” katanya.

Guan Eng sebelum ini adalah antara pemimpin pembangkang yang amat lantang mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan mendakwa krisis bekalan air  di negara ini hanya boleh berlaku akibat kelemahan pengurusan serta kegagalan mengatasi masalah “kehilangan” air tanpa hasil atau NRW (non-revenue water).

Ternyata kepimpinan beliau dan DAP di Pulau Pinang juga masih gagal memastikan krisis air tidak berlaku sekalipun Pulau Pinang juga adalah adalah sebuah negeri yang melimpah ruah sumber airnya dan memiliki 3 buah empangan.

Pada 13 Februari lalu, Guan Eng selaku Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berkata, pengguna di Pulau Pinang tidak perlu bimbang kerana negeri itu mempunyai air yang cukup untuk sepanjang musim kering.

Katanya, paras air di Empangan Air Itam adalah pada kapasiti 76.7% dan mencukupi untuk 75 hari bekalan.

Empangan Mengkuang pula pada kapasiti 55.7% dan mencukupi untuk 83 hari bekalan, manakala  kapasiti di Empangan Teluk Bahang adalah pada 93.3%  dan cukup untuk menampung 284 hari bekalan.

Tambah Guan Eng lagi, jika berlaku sebarang masalah kekurangan bekalan air dalam musim kering ini, ia akan ditampung oleh bekalan dari Kedah dan sebarang bayaran (jika ada) akan ditanggung oleh Jabatan Bekalan Air (JBA), di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 March 2014 2:38 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: