Kategori Berita Utama

Akhirnya Selangor beri “lampu hijau” untuk Projek Langat 2

26 FEB: Selepas sekian lama “dingdong-dingdong”, kerajaan negeri Selangor pada Rabu mengeluarkan arahan pembangunan (DO) bagi membenarkan kerajaan Persekutuan membina Loji Rawatan Air Langat 2 termasuk sistem agihannya dalam Projek Langat 2.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili ekoran termetrainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan negeri Selangor dengan Kerajaan Persekutuan berhubung penstrukturan semula industri bekalan air di negeri itu yang ditandatangani di Putrajaya hari ini.

khalid maximus primeKerajaan Persekutuan diwakili Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili manakala kerajaan Selangor, diwakili Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib melalui twitternya berkata, MoU ini satu langkah ke arah penyelesaian jangka panjang isu bekalan air di Lembah Klang, termasuk pembinaan Langat 2.

Sementara itu, melalui MoU yang memanfaatkan semua pihak (win-win situation) itu, Kerajaan negeri Selangor pula akan mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri berkenaan melibatkan kos sebanyak RM9.6 bilion.

Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pengambilalihan itu akan dilakukan oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad dan dijangka selesai dalam tempoh tiga bulan.

ATM juga terpaksa dikerah membantu hantar bekalan di Kajang

ATM juga terpaksa dikerah membantu hantar bekalan di Kajang

Empat syarikat konsesi berkenaan ialah Puncak Niaga Sdn. Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (SYABAS), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (SPLASH) dan Konsortium ABASS Sdn. Bhd.

Projek Langat 2 adalah projek dari Kerajaan Persekutuan bagi membina Loji Rawatan Air Langat 2.

Ia bagi menampung kapasiti air terawat sedia ada dan projek mitigasi yang telah diluluskan yang hanya dapat menampung permintaan bekalan sehingga tahun 2016 sahaja.

Penduduk terpaksa berebut bekalan catuan air di Balakong pada malam Selasa

Penduduk terpaksa berebut bekalan catuan air di Balakong pada malam Selasa

 

Penangguhan pembinaan komponen Langat 2 dan sistem agihan air yang sepatutnya dimulakan tiga tahun lalu pada 2010 menyebabkan penambahan kapasiti air terawat bagi menampung kekurangan air pada 2014 tidak dapat dipenuhi.

Projek Langat 2 adalah pilihan terbaik dari segi kewangan, teknikal dan sosial bagi memastikan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mendapat bekalan air yang mencukupi sehingga sekurang-kurangnya tahun 2020.

Walaupun ia projek Kerajaan Persekutuan, Kerajaan negeri Selangor juga sebenarnya diberi keizinan untuk melaksanakan skim penstrukturan semula jika perlu selagi ia mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, serta semua perjanjian konsesi air dan semua undang-undang berkaitan yang berkuatkuasa.

Manakala penglibatan Kerajaan Persekutuan menerusi Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) terhad kepada pengambilalihan liabiliti dan aset air sahaja kerana tidak membenarkan pegangan ekuiti dalam sesebuah syarikat operator air.-bnbbc.my

Langat 2

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 February 2014 1:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: