Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Akibat curi kelapa, 2 lelaki diikat di pokok

3 JUN: Dua lelaki menerima padah akibat mencuri kelapa apabila mereka diikat pada sebatang pokok kelapa di kawasan Sekolah Agama Rakyat Al-Hidayah, Kampung Tersusun, Sitiawan semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, beberapa orang kampung berjaya menahan kedua-dua individu itu yang tidak menyedari pergerakan mereka memanjat pokok kelapa setinggi 5 meter diperhatikan seorang pemilik kedai runcit berhampiran.

Mohd Yaacob Hashim, 65, yang juga bekas Ketua kampung berkata sebaik menerima maklumat, beliau bersama 10 penduduk lain bergegas ke lokasi dan mendapati seorang daripada suspek sudah berada di dalam kereta Proton Wira, manakala seorang lagi mahu ke kedai berhampiran.

“Di dalam kereta itu terdapat beberapa tandan buah kelapa dan saya tidak pasti buah itu diambil di kampung ini sendiri atau tempat lain.

“Mereka mengaku mengambil kelapa itu dan kami terus menangkap dan mengikat kedua-duanya pada pokok kelapa menggunakan tali yang mereka guna untuk menurunkan kelapa dari pokok,” katanya, Sabtu.

Yaacob berkata, tujuan mengikat kedua-dua suspek berumur belasan tahun dan awal 30-an itu supaya mereka mendapat pengajaran.

“Kami ikat dua lelaki itu sementara menunggu polis tiba dan tidak memukul atau mencederakan mereka kerana mahu pihak polis yang mengambil tindakan.

“Siapa sangka di bulan mulia ini, masih ada individu yang melakukan aktiviti tidak bermoral ini,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 June 2017 3:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: