Kategori Berita Antarabangsa

Aksi remaja menari atas kubur dikecam

27 JUN: Aksi sekumpulan remaja dikecam netizen selepas video berdurasi 22 saat memaparkan aksi tarian di atas kubur menjadi tular di media sosial.

Ianya berikutan sebuah laman Facebook iaitu Viral Agency memuat naik video menunjukkan sekumpulan lelaki melakukan tarian tidak bermoral di sebuah tanah perkuburan yang didakwa berlaku di Indonesia.

Dalam video berkenaan, tiga remaja berkenaan memijak dan mencangkung di atas pusara serta tersenyum dan ‘berseronok’ dengan perbuatan itu.

Rata-rata netizen yang menonton video berkenaan melahirkan rasa kesal dengan sikap remaja terbabit yang dianggap tidak menghormati agama.

Seorang netizen, Mohd Akmal menyifatkan perkara itu memalukan dan mengesa remaja berkenaan bertaubat.

Manakala Ujeng Slumber memuatnaik komen bebentuk nasihat iaitu “ALLAH bagi sihat tubuh badan tapi tidak tahu untuk mensyukuri nikmat yang diberikan, bila dah ditimpa musibah kat diri mula salahkan takdir.”

Namun kebanyakan netizen berharap agar remaja di negara ini tidak meniru aksi berkenaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 June 2017 9:58 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: