Kategori Berita Utama

Akta Antiberita Tidak Benar bukan lindungi kerajaan sahaja tapi semua pihak

14 APRIL: Penularan berita palsu mengenai Tunku Mahkota Johor TMJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan memberi bantuan di beberapa pasar raya di Johor membuktikan penggubalan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 terbukti bukan untuk melindungi kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata undang-undang itu digubal untuk kepentingan semua pihak, khususnya rakyat yang menjadi mangsa berita palsu berkenaan.

Menurutnya, kes mengaitkan nama TMJ itu juga merupakan kes pertama disiasat di bawah akta tersebut selepas dikuatkuasakan kelmarin.

“Menerusi akta ini rakyat dijadikan sebagai fokus utama. Saya yakin dalam PRU-14 (akan) banyak berlaku (berita palsu) mungkin dari dua-dua pihak.

“Penggubalan akta ini mengambil kira situasi media sosial di negara kita yang digunakan sebagai platform untuk bersuara, sama ada suara itu sumbang atau tidak, semua pihak perlu gunakan platform itu mengikut lunas undang-undang,” katanya selepas Majlis Penyerahan Cek Peneroka FELDA Sifar Hutang Peringkat Parlimen Pengerang di Dewan Serbaguna Felda Air Tawar 5, hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 April 2018 9:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: