Kategori Berita Utama

JKNMPP cadang perkenal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik

30 SEPT : Jawatankuasa Konsultatif Nasional mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) mencadangkan agar satu undang-undang politik diperkenalkan iaitu Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik.

Ia merangkumi semua aspek berkaitan dengan semua sumbangan politik dan pentadbiran, perbelanjaan, pembiayaan aktiviti politik dan mengawal selia hubungan antara politik dan perniagaan.

integriti-02Menurut Pengerusinya yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan, antara cadangan yang disyorkan adalah sumbangan tunai daripada sumber asing kepada parti politik atau ahli politik adalah diharamkan, sumbangan kepada parti politik harus diberi pelepasan cukai, serta sumbangan daripada sumber yang tidak diketahui mesti disita.

“Kami menyedari peraturan-peraturan baharu ini boleh menjadi satu beban birokrasi tambahan kepada parti-parti politik. Bagaimanapun, ‘arena’ politik perlu dikawal selia untuk memastikan gelanggamh yang sama rata dan demi menjamin ruang pemilihan yang itu bagi pengundi.

“Meskipun undang-undang yang bakal digubal berkemungkinan menjadi beban di peringkat awal,  kami berharap ia akan menjadi satu perkara normal dalam jangka panjang dan semua pihak yang terlibat akan menerimanya sebagai sebahagian daripada amalan-amalan era moden,” katanya yang memperkenalkan 32 cadangan lain pada sidang media di Institut Integriti Malaysia, Jumaat.

datuk-paul-low-03Katanya lagi, cadangan tersebut adalah bertujuan bagi menggalakkan penyertaan awam yang positif demi menyokong pertumbuhan parti-parti politik.

Antara cadangan lain, semua perbelanjaan perlu direkodkan dan akaun perlu diaudit serta membuat laporan kepada Pengawal Sumbangan dan Perbelanjaan Politik.

Sumbangan tunai daripada mana-mana sumber asing kepada sesebuah parti politik atau ahli-ahli politik harus diharamkan.

Malah, semua sumbangan kepada parti atau ahli politik yang melebihi RM3000 atau secara kumulatif melebihi RM3000 setahun daripada sumber juga mesti dilaporkan kepada Pengawal Sumbangan dan Perbelanjaan Politik.

Jika tidak, segala sumbangan meskipun dalam bentuk wang tunai, rumah mahupun tanah yang diterima itu akan disita.

Mengulas lanjut, Paul berkata segala cadangan itu akan dibentangkan kepada kabinet dalam masa yang terdekat.

integriti-01“Sebaik sahaja diluluskan, mereka akan dapatkan draf penuh daripada pelbagai agensi dan kementerian,mungkin akan ditambah daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bila dah selesai draf, ia akan dibentangkan di Parlimen.

“Kita akan bentangkan pada kabinet dalam masa 2 minggu lagi,” tambahnya.

Menurut Paul lagi, undang-undang politik tersebut akan digunapakai pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 September 2016 12:41 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: