Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Akta berita palsu lindungi kerajaan, pembangkang

6 MAC: Semua pihak khususnya pembangkang tidak perlu bimbang dengan akta baharu yang ingin digubal berhubung sekatan terhadap berita palsu.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Irmohizam Ibrahim akta itu adalah bertujuan untuk menyekat berita palsu tersebut yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Jelas beliau, pendekatan yang sama juga dibuat oleh beberapa negara lain kerana umum mengetahui yang ia mampu memberi kesan negatif kepada masyarakat seluruhnya.

“Di United Kingkdom, Perdana Menteri Theresa May telah menubuhkan unit khas yang dikenali sebagai Unit Komunikasi Keselamatan Negara bagi mengatasi gelombang propaganda anti-Barat. Selain daripada itu, Kesatuan Eropah (EU) juga telah melancarkan jawatankuasa bertindak untuk merangka undang-undang bagi memerangi berita palsu.

“Di Filipina pula, kerajaan pimpinan Presiden Rodrigo Duterte mula memperkenalkan undang-undang baharu kepada pertubuhan media bagi menghalang penyebaran berita palsu yang berupaya menggugat keharmonian dan kesejahteraan Negara,” katanya ketika membahaskan titah Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V di Dewan Rakyat, Selasa.

Tambah Irmohizam lagi, berita palsu bukan sahaja menjejaskan sistem demokrasi, malah turut menggugat kebebasan bersuara selain mencetuskan ketegangan antara negara-negara di dunia.

Maka sebab itu akta ini perlu digubal bagi melindungi semua pihak termasuk kerajaan mahupun  pembangkang.

Selain itu Irmohizam dalam masa yang sama turut berkata usaha memperkenalkan Penyata Najib akan menjadi mekanisme utama di dalam menentukan hala tuju pendidikan Negara bagi menghadapi cabaran revolusi perindustrian 4.0.

“Penyata ini juga akan ditumpukan kepada usaha untuk meningkatkan kesejahteraan murid dan guru.model ‘bottom up’ TN50 akan diaplikasikan sebagai asas kepada pembinaan struktur Penyata Najib,” ujarnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 March 2018 5:25 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: