Kategori Berita Utama

Akta Pencegahan Jenayah berkuatkuasa dua hari lagi

31 MAC: Akta Pencegahan Jenayah (PoCA) 1959 pindaan 2013 akan mula dikuatkuasakan pada 2 April ini, selepas ia diwartakan esok.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pindaan PoCA 1959 itu akan berkuatkuasa bagi mencegah aktiviti jenayah, khususnya aktiviti genggsterism, serta jenayah berat dan terancang.

“Sebelum kita melaksanakan undang-undang PoCA ini, kita juga telah memberikan taklimat dan panduan kepada pihak penjara, supaya pihak yang ditahan di bawah PoCA ini akan diberi latihan kaunseling dan berbagai lagi.

“Dengan jelas saya sebut disini, pada 1 April PoCA akan digazet (diwartakan) dan akan dilaksanakan pada 2 April 2014,” kata beliau bagi memaklumkan Sidang Dewan Rakyat pada Isnin.

PoCA diharap mampu banteras kegaanasan dan kekerasan dunia jenayah.-Gambar hiasan

PoCA 1959 diharap mampu banteras kegaanasan dan kekerasan dunia jenayah.-Gambar hiasan

Beliau menjelaskan, akta berkenaan dipinda bagi menambah baik undang-undang sedia ada dalam mencegah mengawal gengsterism, jenayah berat dan terancang secara lebih berkesan sesuai dengan perubahan zaman dan perkembangan teknologi.

Antaranya termasuk pengenalan alat peranti Electronic Monitoring Device (EMD) yang membolehkan pergerakan individu yang dikenakan perintah tahanan terhad dan parol dipantau serta dikawal oleh polis dengan efisyen.

“Walau bagaimanapun, elemen-elemen hak asasi manusia tetap diambil kira dalam pindaan yang dilakukan ini,” jelas beliau lagi bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing.

Soalan asal berkenaan PoCA diajukan oleh Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman yang bertanya mengenai pelaksanaan akta berkenaan setelah melalui proses pindaan di Dewan Rakyat pada sidang lalu.

Beliau meminta pihak kementerian menjelaskan mengenai keberkesanan akta itu bagi mengurangkan kadar jenayah.

Wan Junaidi dalam penjelasannya berhubung tahanan tanpa bicara dalam pindaan PoCA berkata, keputusan berkenaan perkara itu akan dibuat oleh Lembaga Pencegahan Jenayah.

“Pindaan terhadap Akta Pencegahan Jenayah ini diperkenalkan bukanlah secara mutlak mempunyai elemen tahanan tanpa bicara kerana wujudnya unsur-unsur ‘check and balance’.

“Ini tidak lagi kuasa eksekutif menteri untuk memberikan penrintah pengawasan ataupun perintah tahanan, kuasa tersebut telah dipindah kepada sebuah badan bebas iaitu Lembaga Pencegahan Jenayah yang mana ahlinya dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong,” tegas beliau.

Bagi tujuan mencegah jenayah juga, Wan Junaidi mmenambah, kerajaan komited dalam melaksanakan cadangan menambah bilangan angggota polis sebanyak 4,000 orang setahun demi menjamin keselamatan rakyat dari terus diancam jenayah.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 31 March 2014 3:51 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: