Kategori Berita Antarabangsa

Al-Qaeda ancam hukum Myanmar

13 SEPT: Militan Al-Qaeda mengancam akan menghukum kerajaan Myanmar yang membiarkan kekejaman ke atas etnik Muslim Rohingya terus berlaku.

“Kerajaan Myanmar akan merasai apa yang dirasai saudara Islam kita,” kata militan itu, menurut kumpulan pemantau SITE.

Memetik laporan Reuters, kumpulan militan itu dilaporkan mengeluarkan kenyataan menggesa orang Islam seluruh dunia menyokong saudara seagama di Myanmar dengan bantuan, senjata dan ‘sokongan ketenteraan.

“Kekejaman terhadap saudara Islam kita, tidak boleh dibiarkan tanpa dihukum.

Kami menyeru semua saudara mujahid di Bangladesh, India, Pakistan dan Filipina supaya menuju ke Burma untuk membantu saudara Islam mereka, dan melakukan persiapan sewajarnya seperti latihan dan sebagainya  untuk melawan penindasan itu,” kata kumpulan itu

Sejak berapa bulan dahulu, orang Islam Rohingya di Myanmar berdepan tindakan keras oleh Tentera Myanmar sehingga mengakibatkan lebih 400,000 melarikan diri ke Bangladesh.

Bagaimanapun, Myanmar mendakwa pasukan keselamatannya menjalankan kempen sah terhadap ‘pengganas’, yang dipersalahkan di atas serangan terhadap polis dan tentera dan orang awam.

Kerajaan negara itu juga dilaporkan sudah mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan serangan bom oleh miltan Al-Qaeda yang bakal merumitkan keadaan.

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 September 2017 7:02 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]