Kategori Semasa

Ali Rustam angkat sumpah Senator

Bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam yang diuar-uarkan dilantik Senator adalah antara empat individu yang mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, pada Isnin.

alirustamTiga lagi ialah Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Batu Datuk Yahaya Mat Ghani, 55, Timbalan Ketua Umno Putrajaya Datuk Khairudin E.S. Abd Samad, 59, dan Ketua Pemuda Umno Gombak Datuk Megat Zulkarnain Omardin, 44.

Kesemua mereka dilantik buat pertama kali untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini. Rusy

Pelantikan Mohd Ali, 64, diusul oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka Rabu lepas dan dipersetujui oleh 20 daripada 28 anggota dewan.

Mohd Ali menjadi ketua menteri Melaka selama 13 tahun sehingga pilihan raya umum ke-13 pada Mei lepas.

Pada Ogos lepas beliau dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).-7/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 October 2013 1:58 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: