Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Aliran trafik di leburaya kembali sesak

26 JUN: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh negara bergerak perlahan sejak petang tadi susulan pertambahan bilangan kenderaan dari kesemua arah menuju ke Lembah Klang.

Laporan trafik oleh Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di media sosial menghebahkan maklumat berkenaan trafik menuju ke Kuala Lumpur kian sesak.

Sehingga jam 8.40 malam tadi, keadaan trafik PLUS bergerak perlahan selepas hentian rehat Pedas Linggi Utara menghala ke Seremban.

Sementara itu, pergerakan trafik turut perlahan dari Genting Sempah menghala ke Tol Plaza Gombak, manakala lokasi lain sedikit lancar dengan cuaca hujan

Keadaan itu dipercayai berlaku disebabkan warga Lembah Klang beransur pulang selepas sambutan 1 Syawal pada semalam.

Sementara itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebastol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 June 2017 10:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: