Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Aliran trafik keluar dari KL masih lancar

21 JUN: Sehingga 9 pagi tadi, aliran trafik keluar dari ibukota serta kebanyakan lebuh raya utama seluruh negara berjalan lancar berikutan persiapan warga kota pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri dijangka berlaku bermula Jumaat ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata masih belum terdapat laluan yang sesak menghala ke arah selatan dan utara.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur terkawal.

“Aliran trafik di lebuh raya lain termasuk Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 juga lancar di kedua-dua arah,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 June 2017 10:35 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: