Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Aliran trafik lebuhraya perlahan

27 JUN: Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama seluruh negara berikutan pertambahan jumlah kenderaan yang dijangka berterusan sehingga lewat petang.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata aliran trafik di utara dilaporkan perlahan dari Pendang ke Sungai Petani, Kedah di kedua-dua arah, dari Permatang Pauh ke Perai di Pulau Pinang, dan di Perak dari Bukit Merah ke Taiping seterusnya ke Bukit Berapit dan Sungai Perak ke Terowong Menora.

“Kenderaan juga bergerak perlahan dari Jelapang menuju ke Terowong Menora, Ipoh ke Simpang Pulai dan Bidor ke Sungkai di Perak,” katanya hari ini.

Menurutnya, bagi arah ke selatan, trafik bergerak perlahan di Senawang menuju ke Port Dickson, Hentian Sebelah Senawang ke Pedas Linggi di Negeri Sembilan, Pedas Linggi ke Simpang Ampat, Ayer Keroh ke Simpang Ampat di Melaka dan Kulai ke Sedenak di Johor.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata berkata aliran trafik dilaporkan perlahan dari Bukit Tinggi menuju ke Kuantan, bagaimanapun laluan lain di Lebuhraya Pantai Timur masih terkawal.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 June 2017 6:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: