Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Alumni PARFUM bantu perkasa perundangan, kehakiman negara

27 FEB: Pertubuhan Alumni Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (Parfum) memulakan gerakan untuk memperkasa para pelajar fakulti tersebut juga bidang kehakiman dan perundangan secara amnya dengan memperkenal beberapa inisiatif.

Pengerusinya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, selepas ditubuhkan pada 20 Julai 2017, sudah tiba masanya alumni yang dibarisi ramai individu berpengaruh itu membalas jasa fakulti yang telah tertubuh sejak 46 tahun yang lepas.

Presiden (PARFUM) Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berucap pada Majlis minum petang ‘The Pleasure of Afternoon Tea’ yang dianjurkan Pertubuhan Alumni Fakulti Rumpun Undang-Undang Universiti Malaya (PARFUM) di Kuala Lumpur

“Antaranya kita merancang untuk mewujudkan beberapa program di bawah jenama Tan Sri Profesor Ahmad Mohamed Ibrahim, iaitu dekan pertama fakulti ini.

“Kita akan wujudkan tabung kebajikan untuk pelajar yang memerlukan, program mentoring juga beberapa penganugerahan,” katanya selepas Majlis Minum Petang ‘The Pleasures of Afternoon Tea’ Parfum di Damansara hari ini.

Majlis yang mengumpulkan kira-kira 200 ahli alumni dan 150 pelajar tahun akhir itu turut meraikan Ketua Hakim Negara, Tun Rauf Shariff selaku antara bekas pelajar kumpulan pertama fakulti itu yang turut menyumbangkan RM5,000 sebagai permulaan penubuhan tabung tersebut.

Sementara itu, Naib Presiden Parfum, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berharap dapat membantu alumni ini menjadi sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang lebih dari sekadar biasa.

Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif dan Presiden (PARFUM) Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil hadir pada Majlis minum petang ‘The Pleasure of Afternoon Tea’ yang dianjurkan Pertubuhan Alumni Fakulti Rumpun Undang-Undang Universiti Malaya (PARFUM) di Kuala Lumpur

“Salah satu daripada objektif adalah untuk menyatakan pendapat tanpa rasa takut, supaya kami boleh menjadi sebuah NGO yang kuat bukan setakat melakukan rutin biasa sebagai sebuah pertubuhan alumni, tetapi suara yang akan didengar berhubung soal undang-undang dan keadilan.

“Kami ada tugas dan tanggungjawab kepada masyarakat dalam hal ini, dan kami perlu sedia menyatakan pandangan apabila diperlukan,” jelasnya.

Sejak ditubuhkan pada 1972 sebagai fakulti undang-undang pertama di negara ini, mereka melahirkan 2,644 graduan yang menerajui bidang perundangan Malaysia.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 February 2018 11:43 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: