Kategori Berita Utama

Amalan kerat sesama sendiri punca BN Selangor kecundang

7 MAC: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kekalahan Barisan Nasional (BN) kepada pembangkang di Selangor dalam dua pilihan raya umum yang lalu adalah disebabkan wujudnya penyakit ‘saling kerat sesama sendiri’.

Perdana Menteri berkata, penyakit yang membawa musibah buruk itu berlaku kerana semata-mata mahu memastikan diri sendiri naik untuk dijadikan sebagai calon.

“Sudah dua kali (kita kalah), jangan sampai tiga kali. Untuk berjaya kita mesti bersatu hati, mesti anggap bila UMNO, MIC dan MCA kuat BN juga akan jadi kuat.

“Jangan kerat sesama sendiri, dulu suka kerat hapuskan penyakit ini. Ini resepi, bukan kita tidak kuat tapi kita suka tembak kaki sendiri,” katanya ketika berucap dalam Majlis Jamuan Rakyat dan Pelancaran Jentera BN Selangor di Dataran Kampung Sungai Chik, Ulu Yam hari ini.

Dalam pada itu, Najib berjanji kepada rakyat Selangor bahawa masalah air yang membelenggu negeri itu sejak sekian lama akan diselesaikan jika mandat memerintah dipulangkan kembali kepada BN.

Katanya, masalah air di Selangor sehingga menyebabkan enam daerahnya kini berada dalam keadaan kritikal berlaku kerana kerajaan PKR lebih mengutamakan agenda politik berbanding membela nasib rakyat.

Jelas beliau, BN telah terbukti mampu menguruskan isu air dengan baik walaupun negeri tersebut dimiliki pembangkang seperti di Kelantan asalkan perkara berkenaan tidak dipolitikkan.

“Kualiti air teruk, tekanan rendah inilah kisah rakyat di negeri Selangor.

“Apa cara untuk selesaikan (masalah ini), tukar dan tawan semula kerajaan Selangor. Saya berjanji masalah air akan selesai,” katanya ketika berucap dalam Majlis Jamuan Rakyat dan Pelancaran Jentera BN Selangor di Dataran Kampung Sungai Chik, Ulu Yam hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 March 2018 4:02 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: