Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Amalan kunjung rumah terbuka TPM satu kemestian

1 JULAI: Lebih 30,000 Pengunjung tidak melepaskan peluang menghadiri majlis Rumah Terbuka  Aidfiltri Timbalan Perdana Menteri Datuk Ahmad Zahid Hamidi di kediamannya di Sri Satria, Putrajaya.

Majlis yang bermula sejak jam 2 petang tadi itu dihadiri pelbagai lapisan masyarakat yang tidak melepaskan peluang bersalaman serta mengambil gambar bersama pemimpin nombor dua negara itu.

Seorang pengunjung dari Melaka, Ilmuna Izzahra Noor 29, berkata, beliau mengambil kesempatan untuk singgah ke rumah Timbalan Perdana Menteri ini bagi melihat lebih dekat kearaban Zahid bersama rakyat jelata.

“Kebetulan saya dalam perjalanan pulang ke rumah di Melaka selepas seminggu menghabiskan cuti raya di Taiping, Perak.

“Saya dan suami serta anak-anak sangat gembira, juga teruja bila dapat melihat beliau lebih dekat lagi. Tapi paling best ialah dapat makan pelbagai juadah lazat di sini,” katanya.

Sementara itu bagi Hashim Abdullah 48, beliau bersama keluarganya menjadikan majlis ini sebagai agenda tetap mereka setiap tahun.

“Saya tinggal di Putrajaya, jadi memang sejak lima tahun ia telah menjadi acara rasmi keluarga saya untuk datang ke majlis rumah terbuka Timbalan Perdana Menteri.

“Di samping dapat menikmati makanan yang sedap, dapat juga mengeratkan hubungan kita sebagai rakyat dengan pemimpin negara,” katanya yang datang bersama isteri serta empat orang anaknya.

Sementara itu, pengunjuung juga dijamu dengan lebih 50 juadah makanan serta dihiburkan dengan persembahan daripada artis  terkemuka tanahair seperti Datuk Siti Nurhaliza, Sufi, Ara dan Sufian Suhaimi.

Majlis yang tamat sekitar jam enam petang itu juga diserikan lagi dengan pelawak, Nabil Ahmad dan Zulin Aziz yang menjadi pengacara majlis.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 July 2017 6:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: