Kategori Berita Utama

Amanat Hadi: PAS bantu PKR tetapi isu jawatan MB tak berbangkit

4 FEB : Selepas seminggu pro dan kontra dalam PAS ekoran strategi PRK DUN Kajang oleh sekutu mereka PKR, Presiden parti, Datuk Seri Hadi Awang sudah keluar amanat mengenai kontroversi tersebut.

Katanya, PAS akan bantu jentera kempen PKR menghadapi PRK Kajang tetapi isu kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor adalah tidak berbangkit.

Amanat Hadi susulan Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihan Raya malam tadi dan dimuatkan dalam laman Facebook Hadi pagi Selasa.

"Isu itu kecil. Tak payahlah saya ulas," kata Hadi Awang enggan melayan soalan BNBBC.MY

HADI AWANG

Katanya, mesyuarat berkenaan membincangkan isu-isu politik semasa antarabangsa dan tanahair termasuklah PRK di Kawasan Dewan Undangan Negeri N25 Kajang setelah berlaku kekosongan berikutan perletakan jawatan ADUN Kajang yang memenanginya dalam PRU13 yang lalu.

“Bersesuaian dengan semangat dalam Pakatan Rakyat maka PAS Pusat dan PAS Negeri Selangor akan membantu jentera pilihan raya PKR berdasarkan kepada keperluannya dalam menghadapi PRK ini.” Tulis beliau

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat Dr Mohd Hatta Ramli dilantik untuk mengetuai jentera pilihan raya PAS dalam PRK ini.

“Dalam pada itu juga, ingin dipertegaskan bahawa isu kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor adalah tidak berbangkit,” katanya.

Keputusan PAS ini selari dengan pandangan beberapa pemimpinnnya yang menyatakan kesediaan membantu PKR tetapi tidak kompromi soal pelantikan Menteri Besar Selangor sekiranya ada perubahan.

PAS mahu mencalonkan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad jika Tan Sri Khalid Ibrahim mahu digugurkan. –bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 February 2014 10:11 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: