Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Amaran hujan berwarna akan ditukar kepada amaran bertulis

16 NOV: Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi mengakui masyarakat umum kurang memahami penggunaan warna oleh kementeriannya dalam memberi maklumat mengenai amaran hujan seperti yang dipamerkan dalam laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (MET).

Sehubungan itu jelas menterinya Datuk Seri Madius Tangau langkah utama kementeriannya kini adalah dengan mengambil inisiatif untuk menukar daripada amaran berwarna kepada amaran bertulis.

“MET Malaysia akan mengunakan amaran warna ini dan kita akan tukarkan kepada amaran bertulis supaya yang kuning ini kita akan letakkan kepada perkataan waspada dan jingga kepada amaran buruk dan amaran merah kepada amaran bahaya.

“Selain itu MET Malaysia telah mengadakan perbincangan segera dengan media seperti pihak RTM dan Bernama dan TV3 bagi memastikan amaran-amaran cuaca dapat disampaikan secara optimum kepada orang ramai,” katanya ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.

Menjawab kepada persoalan tambahan Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Dr. Noraini Ahmad, Madius turut mengakui laman web kementerian sering mengalami gangguan kerana jumlah akses yang tinggi sehubungan itu kementeriannya akan meningkat keupayaan akses.

“MET Malaysia akan meningkatkan keupayaannya pelayar laman web bagi membolehkan komuniti menerima hits yang tinggi,” katanya lagi.

Tambah Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran bacaan ramalan mungkin berubah sehubungan itu orang ramai perlu bersiap sedia lebih awal selain kementeriannya akan meningkatkan sistem kemunikasi.

“Kemungkinan itu boleh berlaku bagaimanapun secara lazimnya apa yang telah saya sampaikan tadi telah ditangani. Kebiasaanya apabila keadaan cuaca berlaku tidak diramalkan kita bergantung kepada SOP yang telah disediakan.

“Kita mengakui ada kelemahan-kelemahan tertentu dalam SOP ini terutama sekali dari segi perhubungan Malaysia dengan agensi-agensi yang sepatutnya bersedia terutama sekali daripada NADMA dan ini adalah perkara yang perlu kita tingkatkan supaya persediaan persiapan pihak-pihak agensi lebih bersedia dalam menangani hal-hal banjir,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen DAP Kepong, Dr Tan Seng Giaw.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 November 2017 11:04 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: