Kategori Berita Utama

Ambiga nampak kuman sahaja

17 JAN: Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak, itulah peribahasa paling tepat bagi menggambarkan sikap bekas pengerusi bersama BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga yang mencabar Perdana Menteri Najib Abdul Razak supaya mengisytiharkan hartanya.

Desakkan beliau itu kononya bagi memberi ruang kepada Najib untuk menunjukkan komitmen pentadbirannya dalam memerangi rasuah yang dakwa beliau semakin kritikal.

Malu sungguh orang seperti Ambiga yang berjuang kononnya untuk BERSIH tetapi sentiasa berat sebelah bila membuka mulut.

ambiga

Beranikah Ambiga minta Khalid isytihar harta?

Ambiga sepatutnya mencabar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang gagal mengisytiharkan hartanya secara telus.

Sebab itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan menganggap cabaran Ambiga itu berat sebelah kerana gagal membuat perkara yang sama terhadap rakan dalam pembangkang.

“Ambiga tidak kritik MB Selangor walaupun MB tidak iystihar hartanya. Ambiga tidak marahkan MB Selangor walaupun MB kata Exco Sgor tak boleh isytihar harta kerana faktor keselamatan.

“Ambiga tak kedengaran bersuara bila skandal pasir juta juta ringgit akibat korupsi & salah gunakuasa di Selangor berlaku,” kata beliau dalam laman sosial twitternya, Jumaat.

Abdul Rahman membidas laporan portal pembangkang yang menggambarkan Ambiga sebagai seorang aktivis masyarakat madani tetapi realitinya juga aktivis politik pembangkang.

Tambah beliau, Ambiga tidak mampu untuk mengkritik kelemahan pentadbiran pembangkang dan sebagai aktivis beliau lebih berminat bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional daripada bertindak adil.

Sewaktu Majlis Angkat Sumpah Exco kerajaan negeri Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada penghujung Mei tahun lalu, Abdul Khalid menegaskan semua Exco kerajaan negeri berkenaan harus mengisytiharkan aset mereka semasa Exco itu berada di dalam jawatan berkenaan.

Kemudian Abdul Khalid menarik semula keputusan tidak membuat pengisytiharan aset awam dengan alasan demi kepentingan keselamatan peribadi ahli-ahli exco dan keluarga mereka. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 January 2014 8:42 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: