Kategori Analisa Isu Semasa

AMBIL LEMBU, BAWA SINI

Bagi mereka yang sering mengikuti persidangan Parlimen atau Dewan Rakyat, mungkin ada antara mereka tertanya-tanya mampukah Datuk Seri Shahidan Kassim mengambil alih tugas Datuk Seri Nazri Aziz sebagai menteri yang bertanggungjawab hal ehwal Parlimen.

Selama ini mereka mungkin sudah biasa dengan gelagat atau stail Nazri yang lebih dikenali dengan panggilan ‘chief’ berdepan segala sepak terajang ahli-ahli parlimen terutama blok pembangkang yang sentiasa mencari ruang ‘ menghentam’ kerajaan.

Selalunya, Nazri secara berseloroh memberi jawapan yang kadangkala boleh buat telinga ahli parlimen pembangkang ‘merah’ dan memandangkan kerjayanya dahulu sebagai peguam, lebih mudah bagi ahli parlimen Padang Rengas itu berdepan dan mematahkan hujah-hujah pembangkang.

kecohlobi Namun, selepas pilihanraya umum ke 13, Nazri dipilih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerajui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan manakala tugasnya berkenaan hal ehwal Parlimen terpikul di bahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baharu iaitu Shahidan.

Rupa-rupanya cara Shahidan berdepan pembangkang di Parlimen juga tidak kurang hebat.

Dengan gelaran ‘Gabenor’, ahli Parlimen Arau itu juga tahu cara terbaik berdepan hujah pembangkang dengan jawapan bersahaja tetapi kadangkala sarat dengan sindiran.

Lihatlah, bagaimana Shahidan menempelak sikap ahli-ahli Parlimen pembangkang khususnya mereka yang bekerjaya sebagai peguam.

Kebetulan pada persidangan minggu lalu, isu integriti peguam-peguam dibahaskan panjang lebar terutama apabila ahli parlimen Tanjong Karang Datuk Seri Noh Omar mempertikai kredibiliti Karpal Singh yang pernah membuat kenyataan di Dewan Rakyat pada 1997 mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim terbabit meliwat.

Bagaimanapun, peguam tersohor dan ahli parlimen Bukit Gelugor itu kini menjadi peguam yang membela kes Ketua Pembangkang tersebut.

Hal peguam yang cuba membawa kes ke Dewan Rakyat tanpa mematuhi peraturan persidangan turut disentuh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia apabila ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran bertegas mahu Dewan menerima petisyen berhubung kematian seorang individu dalam tahanan polis.

Speaker kemudian memutuskan supaya Naib Presiden PKR itu keluar Dewan setelah enggan mendengar penjelasan dualawyerpkrsupaya tidak menggunakan masa sesi soal jawab membawa usul petisyen itu.

Pandikar Amin dalam sidang media kemudian menjelaskan, ahli-ahli Parlimen yang menjadi peguam tidak dibenarkan membawa kes mereka ke dalam Dewan kerana itu berkepentingan peribadi selain boleh mengelirukan Dewan Rakyat.

Sudah tentu ada pihak sudah mengetahui tindak tanduk ahli-ahli Parlimen pembangkang yang menjadi peguam kerap mengambil kesempatan dalam kes-kes tertentu dipercayai demi kepentingan politik mereka.

Ada juga mungkin berharap mendapat publisiti murahan dengan tindakan mereka secara ‘dauble standard’ membela kes-kes tertentu.

Perkara inilah yang dijadikan Shahidan untuk ‘mengajar’ ahli-ahli Parlimen pembangkang ketika beliau berhujah di Dewan Rakyat, petang Khamis.

Katanya, ahli Parlimen Pembangkang yang paling pandai mengambil kesempatan.

“Belum lagi soal jawab mulut bermula, dia sudah ganggu dah. Kelmarin (Selasa)  25 minit. Yang Berhormat, 25 minit. Saya soalan yang pertama. Saya terpaksa jawab 10.26 minit saya

mula jawab. Jadi, lepas itu berlaku – bukan hambat menghambat, berlaku Yang

Berhormat dikeluarkan. Jadi, bayangkan masa kita 26 minit,” katanya merujuk insiden babitkan Surendran.

Menurut Shahidan, kalau mahu buat begitu, beliau boleh minta kawan-kawannya (peguam) bawa banyak kes.

“ Macam polis di Melaka. Bayangkan tuan-tuan, dahulu kita takut orang tembak. Sekarang polis dihempuk dengan batu. Bawalah keluarga yang kena hempuk dengan batu itu ke Parlimen kalau kita betul-betul hendak perjuangkan hak rakyat,” katanya.

Sudah tentu kenyataan Shahidan itu menyelar sikap double standard peguam pembangkang yang memilih kes tertentu untuk diperjuangkan.

Dalam lembut dan stail tersendiri, Shahidan berkata lagi, “ Ambil kes di mana satu orang datuk dengan cucu dok jaga lembu. Tiba-tiba datang pencuri, bunuh datuk dan cucu, AMBIL LEMBU. BAWA SINI! Kita tidak boleh perjuangkan satu kaum sahaja,”.

“Ini banyak kes-kes yang derita, yang sepatutnya dibawa. Peristiwa datuk dengan cucu itu, menggigil saya. Masa itu saya cuma wakil rakyat biasa.

Saya mencari siapa yang sanggup bunuh datuk dengan cucu kalau hendak ambil

lembu. Kita tidak bawa publisiti yang berlebihan, kita takut berlaku isu perkauman. Bunuh datuk dengan cucu sebab hendak ambil lembu. Ambillah lembu, takkan hendak bunuh,”.

Maka ramailah penyokong kerajaan menepuk meja menyokong hujah Shahidan manakala ahli parlimen pembangkang terdiam terkena ‘penangan’ Gabenor Parlimen itu.

Bayangkan apa maksud Shahidan…AMBIL LEMBU.BAWA SINI.

Maksud beliau mungkin jika lembu itu boleh bercakap tentu haiwan itu akan menuntut keadilan dan meminta pembelaan daripada peguam kerana tuannya kena bunuh . Allahuallam. – 29/9/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 September 2013 2:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: