Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

AMK PKR cadang Wan Azizah PM sementara

21 MEI : Sebagai tanda taaksub serta taatnya Angkatan Muda PKR terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga, Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sokongan agar presiden parti itu, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi perdana menteri peralihan.

Katanya, cadangan itu adalah bersifat sementara sehingga proses pembebasan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim berjalan.

“Beliau telah membuktikan dirinya sebagai seorang pemimpin pembangkang kerana dengan cepat membentuk Pakatan Harapan selepas Pakatan Rakyat dibubarkan.

“Saya rasa tidak ada masalah jika meletakkan Wan Azizah sebagai perdana menteri peralihan kami,” kata Nik Nazmi dalam ucapan penggulungannya pada Kongres Belia PKR pada Sabtu.

Dalam perkara lain, Nik Azmi berkata, parti itu sedih terhadap keputusan PAS memutuskan hubungan politik antara mereka baru-baru ini.

“Ramai ahli bertanya tentang perkara itu.

“Kami berasa sedih apabila ‘kawan lama’ memilih untuk memutuskan tahaluf siyasi (kerjasama politik),” katanya.

Bagaimanapun, Anwar melalui anaknya yang juga merupakan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata parti itu perlu melangkah ke depan tanpa bersandarkan lagi kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PAS.

“Keputusan PAS terkini mengejutkan dan menghampakan ramai. Namun demikian pilihan mereka untuk beralih dari ketetapan lama dan menuju ke aras baru yang tidak ingin kami duga.

“PKR tidak perlu berhempas pulas dalam isu tersebut. Tumpuan sekarang adalah menerima kenyataan terkini dan terus mengangkat keupayaan jemaah,” kata Anwar.

Jumaat lalu Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan parti itu masih membuka pintu rundingan bersama PAS, sebagaimana yang diminta Anwar.

Rundingan itu antara lainnya didakwa akan menentukan kedudukan wakil rakyat PAS di dalam kerajaan negeri Selangor.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 May 2017 4:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: