Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Anak bantu bapa bunuh diri direman

14 NOV: Seorang  lelaki ditahan Ahad lalu selepas dipercayai membantu bapanya membunuh diri dalam sebuah bilik hotel, di Genting Highlands pada Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC Othman Nayan berkata hasil siasatan awal mendapati anak mangsa berusia 35 tahun itu mengakui perbuatan itu.

Katanya, berdasarkan rakaman CCTV dan keterangan pekerja menunjukkan suspek berada di dalam bilik berkenaan semasa kejadian sebelum melarikan diri.

“Suspek yang mempunyai rekod sakit mental dan masih mengambil ubat ditahan reman sehingga Khamis ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 306 Kanun Keseksaan kerana menyubahati kesalahan membunuh diri jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Khamis lalu, mayat warga emas berusia 65 tahun itu ditemui oleh petugas hotel disebuah bilik dalam keadaan terbaring selain seutas tali yang dipercayai digunakan untuk melilit leher mangsa.

Share This:




Berita Bertarikh pada 14 November 2017 9:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]