Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Anak bekas penagih dadah ceria terima sumbangan sekolah

27 DIS: Senyuman keceriaan terukir di wajah 1,300 orang murid yang datang daripada keluarga bekas penagih dadah di Parlimen Baling apabila telah mendapat perhatian dan pembelaan daripada wakil rakyatnya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini.

Satu program ‘Jom Kembali Ke Sekolah’ telah diadakan bagi meringankan bebanan keluarga murid-murid tersebut dalam membuat persiapan persekolahan sesi 2018 yang bakal bermula tidak berapa lama lagi.

Menurut Abdul Azeez sumbangan pakaian seragam sekolah itu diharap dapat membantu bekas-bekas penagih yang telah kembali ke pangkal jalan dalam membuat persiapan persekolahan anak mereka yang akan bermula pada Ahad ini.

“Diharap dengan sumbangan ini dapat menjadi pendorong serta pembakar semangat kepada pelajar-pelajar untuk menuntut ilmu dan menjadi golongan terpelajar seterusnya merubah dan meningkatkan taraf sosial ekonomi diri dan keluarga pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian program tersebut yang diadakan di Dewan Kompleks Rakan Muda Batu 42, Pulai, Baling, hari ini.

Turut hadir Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Baling/Sik Fakhrulrazi Abdul Majid dan Majlis Guru Besar Negeri Kedah Mohd Razali Mohd Isa serta Pegawai Agensi Anti Dadah Baling Arnida Ishak.

Pada masa yang sama, program gunting rambut secara percuma turut diadakan pada majlis tersebut dan diberikan kepada semua murid yang berada di Parlimen Baling.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 December 2017 4:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: