Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Anak bekas Presiden PAS calon Permatang Pasir

15 APRIL: Anak bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor dipilih sebagai calon PAN bagi kerusi DUN Permatang Pasir pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pencalonan Muhammad Faiz, 41, disahkan Pengarah Komunikasi Pemuda PAN Pulau Pinang, Mohd Faruk Abdul Rahman hari ini.

Timbalan Ketua Pemuda PAN itu dijangka berdepan calon PAS dan UMNO, di kerusi yang disandang Datuk Salleh Man daripada PAS.

Laporan NSTP memetik Faruk yang berkata Faiz ( foto) dipilih kerana pengaruh Allahyarham bapanya yang masih kuat di Permatang Pasir.

Selain itu, PAN juga menampilkan seorang jurutera, Azrul Mahathir Aziz sebagai calon di Bayan Lepas, dan peguam, Yusri Isahak di Sungai Dua.

Pada Mac lalu, Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah, mengumumkan DAP kekal bertanding di 19 DUN, PKR (14), PPBM (4) manakala PAN hanya tiga kerusi di Pulau Pinang.

Negeri yang digelar Pulau Mutiara mempunyai 40 kerusi DUN dan 13 kerusi Parlimen.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 April 2018 6:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: