Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Anak bergaduh, ibu bapa keluarkan pedang samurai

12 FEB: Polis Terengganu sudah memanggil dua keluarga yang bergaduh menggunakan pedang samurai di sebuah kawasan perumahan di Paka, susulan insiden berkenaan tular di laman sosial.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Baharudin Abdullah berkata seorang ahli keluarga terbabit menyerahkan senjata itu pada Ahad di Balai Polis Paka.

“Kertas siasatan berhubung kes sudah dibuka dan mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berjadual,” katanya.

Sejak tiga hari lalu, video berdurasi 1.34 minit yang memaparkan pergaduhan antara dua keluarga termasuk ugutan seorang wanita dipercayai seorang ibu menggunakan pedang samurai, menjadi tular di Facebook.

Insiden itu memaparkan pertengkaran dipercayai berpunca daripada pergaduhan anak-anak yang membawa kepada campur tangan ibu bapa.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2018 10:35 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: