Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Anak ditinggal ibu mati dalam kereta

14 MAC: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas ditinggalkan ibu selama empat jam dalam sebuah kereta di Kolej Vokasional di Port Dickson hari ini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zainudin Ahmad berkata ibu kanak-kanak itu hanya menyedari tertinggal anaknya pada jam 1 tengah hari tadi.

“Wanita berusia 31 tahun itu yang bergegas ke keretanya mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri dan membawa kanak-kanak itu ke klinik kesihatan berhampiran.

“Petugas klinik kemudian mengesahkan kanak-kanak itu sudah meninggal dunia,” katanya.

Tambah Zainudin, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 March 2018 9:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: