Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Anak Husam mengaku tidak bersalah

22 NOV: Anak lelaki Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini, atas tuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 20 gram

Ahmad Syafi Husam, 29, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di tepi sebuah rumah di Jalan Pasir Mas-Salor, Kampung Jelutong, Kota Bharu pada 18 November lalu.

Syafi didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun serta sembilan sebatan.

Bagaimanapun, Husam yang juga ADUN Salor tidak kelihatan di mahkamah hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Shahirun Azri Mohd Nordin menawarkan wang jaminan sebanyak RM15,000.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili lima peguam,  diketuai Firdaus Mohd Yusof memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan sebanyak RM8,000.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 November 2017 2:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: