Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Anak kelahiran Malaysia berucap di Rumah Putih

3 NOV: Seorang anak kelahiran Pulau Pinang yang sedang menerajui syarikat semikonduktor terbesar di dunia dilaporkan berasa terharu selepas diberi sambutan hangat daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Rumah Putih, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Broadcom Ltd, Hock E Tan berkata beliau tidak percaya berpeluang untuk berada bersama Trump.

Hock E Tan (kiri) sedang berucap di Rumah Putih, berdiri di sebelah Presiden AS, Donald Trump.

“Biar saya beritahu anda, ibu saya tidak akan pernah terbayang yang pada suatu hari, anak lelakinya ini, akan berada di Pejabat Oval di Rumah Putih, berdiri di sebelah Presiden AS.

“Pada tahun 1971, saya hanyalah seorang remaja kurus berusia 18 tahun yang dibesarkan di Malaysia, namun berpeluang melanjutkan pelajaran ke AS di sebuah universiti kejuruteraan terbaik di dunia iaitu Massachusetts Institute of Technology (MIT),” katanya yang dipetik daripada  video yang ditayangkan dalam laman web rasmi Rumah Putih.

Mengulas mengenai pemindahan Broadcom dari Singapura ke AS, beliau berkata keputusan itu adalah caranya membalas kembali jasa negara yang sudah banyak menyumbang bakti kepadanya.

“Hari ini, kami ingin mengumumkan yang kami mahu menjadikan AS sebagai rumah kami semula,” katanya.

Broadcom, syarikat yang tersenarai dalam Fortune 500 mempunyai lebih 15,000 pekerja dengan separuh daripadanya di AS.

Syarikat itu mengeluarkan cip untuk modem, set kotak televisyen, wi-fi dan pusat data, dengan Apple Inc antara pelanggan utamanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 November 2017 11:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: