Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Anak Megat Junid dedah penipuan Dr Mahathir

23 OGOS : Sikap Tun Dr Mahathir Mohamad yang suka menyalahkan orang lain semasa mentadbir negara didedahkan lagi, terbaru anak sulung bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub pula menafikan tuduhan dibuat bekas perdana menteri itu terhadap bapanya.

dr. mahathirDatuk Megat Fairus Megat Junid kurang senang dengan Dr Mahathir yang mengaitkan bapanya dengan penahanan individu dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau sebaliknya mendakwa sebarang tindakan atau keputusan yang diambil oleh Allahyarham bapanya sebelum ini berhubung ISA adalah di atas arahan serta persetujuan Dr Mahathir.

“Malah kemungkinan besar ia adalah atas arahan beliau (Mahathir) yang juga turut memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ketika itu,” katanya ketika sidang media di Kelab Tasik Putrajaya pada Selasa.

Sebelum ini, menerusi blog Chedet.cc, Tun Mahathir mendakwa tindakan penahanan ISA telah ditandatangani Megat Junid.

Beliau berkata, dalam konteks penahanan ISA, sekiranya benar Allahyarham menandatangani surat penahanan tersebut, ia adalah melalui kebenaran dan pengetahuan Dr Mahathir yang merupakan Menteri Dalam Negeri pada waktu itu.

Dalam pada itu, Megat Fairus memaklumkan bahawa beliau merasa pelik dengan dakwaan tersebut memandangkan bagaimana kuasa sebesar itu boleh diberikan kepada timbalan menteri selama 11 tahun tanpa pengawasan dari seorang menteri.

“Selaku waris, saya dan keluarga amat sedih dan kesal atas dakwaan yang dilemparkan Dr Mahathir kepada insan yang sudah tiada,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya berharap agar Dr Mahathir tidak mengulangi pertuduhan dan memburukkan nama Allahyarham yang sudah meninggal dunia.

Share This:




Berita Bertarikh pada 23 August 2016 11:17 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]