Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Anak muda bimbang Tun M jadi perdana menteri

17 JAN: Golongan muda menyuarakan kebimbangannya jika Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan melantik Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Kebimbangan itu disuarakan Ikon Mahasiswa Nasional Pemanas 4.0, Ahmad Azaruddin Azman yang risau tempoh singkat dipegang oleh Pengerusi PPBM itu boleh menjejaskan kestabilan ekonomi negara.

Kata beliau, mengikut perancangan PH, Tun Dr. Mahathir hanya akan memegang jawatan perdana menteri selama kira-kira enam bulan, sebelum menyerahkannya kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka keluar dari penjara pertengahan tahun ini.

“Kalau itu motif beliau mahu menjadi perdana menteri, tindakan itu jelas merisaukan kami generasi muda yang mengharapkan kerajaan ditadbir dengan baik tanpa sebarang kejadian yang boleh menjejaskan masa depan rakyat dan negara.

“Sebagai anak muda, kami nak tengok kerajaan membela semua kaum yang ada di negara ini, bukan mentadbir separuh jalan kemudian serah kepada orang lain. Saya bimbang cara ini boleh meruntuhkan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Diskusi UMNO Online bersama Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa dalam isu bertajuk, “Agihan Kerusi: Api Dalam Sekam Pakatan Harapan” di Cafe Riverside, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Ahli panel lain program itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Rahim dan Penganalisa Politik, Roslan Latif.

Menurut Ahmad Azaruddin, pelantikan Tun Dr. Mahathir tidak sebagai boneka kepada DAP kerana parti itu dikatakan akan menguasai keseluruhan rakan komponen PH.

Katanya, walaupun DAP diberikan 35 kerusi untuk bertanding pada PRU14 ini, semua kawasan itu dijangka dimenangi calonnya, berbanding PPBM yang mendapat paling banyak iaitu 52 kerusi, tetapi ramalan menang hanya satu kerusi Parlimen Pagoh sahaja.

“Begitu juga PKR. Parti ini mendapat 51 kerusi, tapi kerana kawasan ditandinginya dimenangi MCA dan MIC, mereka akan berdepan cabaran untuk menang, termasuk Parti Amanah Negara (PAN) dikatakan hanya dapat menawan enam dari 27 kerusi yang diperuntukan.

“Kita sebagai anak muda, tidak yakin PH boleh membentuk kerajaan, tetapi strategi mereka untuk melantik Tun Dr. Mahathir sebagai perdana menteri adalah usaha terdesak untuk tarik sokongan,” ujarnya

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 January 2018 5:46 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: